ARKIB : 20/05/2009
JOHOR BAHRU - Johor FC menamatkan
saingan Piala AFC apabila tewas 0-1 kepada PSMS Medan di Stadium JCorp, Pasir
Gudang, semalam.
Kekalahan itu meletakkan Johor FC
di tangga tercorot Kumpulan F selepas mengumpul satu mata daripada enam
perlawanan manakala PSMS Medan yang selesa dengan 13 mata mengiringi wakil Hong
Kong, South China ke suku akhir.
PSMS Medan mengejutkan pasukan
tuan rumah dengan gol tunggal minit ke-66 menerusi rembatan jarak dekat
Mitchell Leonardo yang menerima bola daripada Nyoman Adnyana.
Namun, pasukan kendalian Ramlan
Rashid terlebih dahulu mengasak pertahanan lawan apabila Zulindra Shah Putra
Adam melakukan percubaan pada minit ke-18 hasil umpanan Sumardi Hajalan, namun
percubaannya tersasar.
Meskipun tanpa kelibat bekas
pemain import pasukan Selangor, Elie Aiboy, PSMS Medan tetap cemerlang mengatur
gerakan sehingga berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Johor FC.
Skuad Lebah yang mempamerkan
permainan kemas sekali lagi memperoleh peluang pada minit ke-33, namun bola
rembatan Fahruzzahar Ali sekadar melepasi palang gol.
Pada minit ke-41 pasukan pelawat
hampir mengejutkan tuan rumah melalui rembatan kencang Nyoman Adnyana tetapi
dikekang pertahanan Johor FC.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz5XvC4zp4g
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan