Jumaat, 2 Disember 2016

Skuad Jengking sekat Johor FC

ARKIB : 11/05/1999
PASUKAN Jengking tidak memberi ruang kepada Johor FC sebaliknya membuktikan pengalaman yang mereka miliki mampu menundukkan Johor FC, 3-2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Dua di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Perlawanan dua beradik itu telah menimbulkan kekacauan dan dua pemain, Rizal Zambery Yahya (Johor) dan ketua pasukan Johor FC, Zainuddin Yassin dibuang padang setelah berlaku pergaduhan pada minit ke-64.

Perlawanan terhenti kira-kira lima minit diteruskan bermain dalam keadaan tertekan dan Johor yang ketinggalan 1-2 ketika itu menggunakan kesempatan tersebut untuk mengatur serangan.

Pada minit ke-70, apabila berlaku perebutan di hadapan pintu gol Johor FC, Hashim Mustapha menggunakan pengalaman dan kesempatan untuk menyamakan kedudukan.

Rosdee Sulong memerikan kemenangan mutlak kepada Johor setelah mendapat hantaran dari Baktiar Othman pada minit ke-89.

Sebelum itu, pemain lincah Johor FC, Azni Ariffin yang bergerak pantas berjaya merebut bola setelah penjaga gol, Othman Katmon tidak menampan dengan baik bagi mendahului Johor 2-1.

Terdahulu daripada itu, Johor FC mengimbangi kedudukan apabila Shukri Ismail yang berjaya membuat lompatan dan menanduk bola hasil tendangan percuma oleh Junaidi Latip bagi menewaskan penjaga gol, Othman Katmon pada minit ke-49.

Separuh masa pertama memperlihatkan pemainan yang seimbang, bagaimanapun perlawanan dua beradik itu memihak kepada Johor yang mampu menjaringkan gol pertama pada minit ke-44 melalui tedangan penalti Liew Kim Tu.

Tendangan tersebut diperoleh setelah pertahanan Johor FC, Hamzani Omar menjatuhkan bekas pemain kebangsaan, Rosdee Sulong dalam kotak penalti.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan rentak pantas, bagaimanapun, Johor FC yang bertindak sebagai pasukan tuan rumah memulakan asakkan sebaik sahaja wisel ditiupkan oleh pengadil, M. Balan.

Pada minit ke-14, Johor FC melalui Azni Ariffin yang bergerak dari sebelah kiri menyilangkan bola ke tengah lalu ditanduk oleh Junaidi Latip, tetapi bola keluar.

Pada minit ke-28, Rosdee mempunyai peluang terbaik dengan hanya berhadapan dengan penjaga gol, Shamsol Sabtu tetapi peluang itu tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Sementara itu di Stadium Kubu, Telekom Melaka berjaya mengutip dua mata selepas menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 5-4.

Kedudukan sebenar permainan terikat 2-2 dengan R. Sekar menjadi penyelamat Telekom Melaka menerusi jaringan penyamaannya pada minit terakhir perlawanan.

Pada permainan sebenar, R. Sekar menjadi wira Telekom Melaka apabila menyamakan kedudukan 2-2 pada minit terakhir.

Sebelum itu, Affendi Julaihi meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-29 menerusi gerakan solonya yang cuba disekat pertahanan Telekom Melaka tetapi gagal diselamatkan penjaga gol, Azhar Ahmad.

Bagaimanapun, R. Sekar menyamakan kedudukan sebaik babak kedua baru bermula seminit setelah pemain itu mendapat umpanan cantik daripada ketua pasukan, Rosli Hasyim.

Namun, Kelantan yang menguasai hampir keseluruhan permainan kembali di depan, sekali lagi menerusi Affendi apabila tandukannya hasil sepakan sudut Zainuddin Ariffin pada minit ke-62 gagal dijangkau Azhar.

Sekar menyelamatkan pasukan tuan rumah dengan jaringan penyamaan minit ke-88 selepas penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi gagal menangkap kemas satu percubaan dan bola muntah disambar Sekar untuk menolak masuk.

Telekom Melaka menang penentuan penalti selepas Affendi gagal menyempurnakan sepakan kelima manakala Mohd. Faizal Mohd. Isa tidak membuat kesilapan untuk memastikan Telekom Melaka menang 5-4.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS Chempaka tewas 0-2 di gelanggang sendiri kepada Tentera.

Mohd. Rosdi Tahir muncul wira Tentera apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-21 dan 41
Sumbzer-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4RkZHYUNC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan