Khamis, 30 Mac 2017

Brunei leburkan rekod Johor



ARKIB : 07/04/2003
BRUNEI menamatkan rekod tanpa kalah Johor dalam kempen bola sepak Perdana Dua selepas lapan perlawanan apabila menang 1-0 di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam.

Gol kemenangan Brunei diperoleh pada minit ke-50 menerusi Muhd. Subhi Abdillah Bakir yang menyambung sepakan sudut yang diambil oleh Rosmin Mohd. Kamis.

Johor bagaimanapun kekal di tangga teratas Perdana Dua dengan 19 mata manakala Brunei di tangga ketujuh dengan sembilan mata.

Negeri Sembilan pula menewaskan tuan rumah, Tentera 2-1 di Stadium TLDM, Lumut, terima kasih kepada gol kemenangan Luciano Osmar Gonzala pada minit ke-78.

Sebelum itu, bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-44 tetapi ATM menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi Yaakob Aris.

SKMK Kelantan pula menewaskan Public Bank Selangor 2-0 di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu. Gol tuan rumah diperoleh menerusi Abdul Latif Jusoh (minit ke-45) dan Zool Ihsan Yunus (75).

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor pula mengalahkan JPS Kelantan 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kota Bharu. Gol-gol pelawat dijaringkan Juan Manuel Arostegui (15), Bruno Martelotto (44) dan Mohd. Fadzil Abdul Aziz (66) manakala JPS Kelantan membalas melalui Adnan Musa (40) dan Zahasmi Ismail (61).

Polis melonjak empat anak tangga ke tempat kelapan selepas mengalahkan TNB Kelantan 3-2 di Stadium Selayang, Kuala Lumpur.

Polis memperoleh gol menerusi Theophilus Ammo (17), J. Manogaran (19) dan Mohd. Izwan Baharuddin (80) manakala Mohd. Sairozi Daud (2) dan Saidi Mamat (75) membalas untuk TNB.

Kuala Lumpur pula berpesta gol dengan membelasah Perak TKN 6-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menerusi hatrik Safee Sali (16, 73 dan 89) dan pemain import Emerson Mariano Panigutti (38, 53 dan 76).

Perak TKN membalas menerusi Fazil Rahman (45 dan Ali Ghani (61

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4csoXDgh3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan