Sabtu, 3 Disember 2016

Jengking tanpa Hashim

ARKIB : 11/06/1999
SKUAD Jengking yang kini dilambai untuk menyertai Perdana Satu pada bola sepak Liga Malaysia musim depan, kehilangan pemain utamannya, Hashim Mustapha yang tidak dapat bersama skuad itu dalam perlawanan penting menentang Melaka di Stadium Kubu, malam ini.

Hashim yang menjaringkan gol tunggal semasa menentang TNB Kelantan mengalami kecederaan pada bahagian sulitnya semasa perlawanan tersebut, lapor ISHAK SALLEH.

Jurulatih, Steve Darby berkata, ketiadaan Hashim tidak menghalang pemain-pemain lain meneruskan cita-cita mereka untuk mencatat kemenangan penting dalam baki dua lagi perlawanan.

Katanya, kekosongan itu akan diisi oleh Low Seng Chong, 19, yang telah menjaringkan satu gol semasa menentang Angkatan Tentera (Johor menang 2-0).

Beliau memberitahu, sungguhpun berada di tangga teratas, debarannya adalah sama, malah debaran menentang Melaka lebih hebat memandangkan ia akan menentukan kedudukan Jengking.

"Saya yakin Hashim boleh sembuh sebelum perlawanan menentang Melaka tetapi, kita mempunyai strategi walaupun ketiadaan Hashim dalam barisan utama," katanya semasa dihubungi, semalam.

Sementara itu, Johor FC yang hampir untuk mencatat sejarah sebagai kelab pertama layak ke Piala Malaysia menghadapi perlawanan sukar menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Tiga pemain, Azni Ariffin, Hasnizam Uzir dan Suhaimi Jamil yang digantung permainan menyukarkan skuad Johor FC dalam perlawanan tersebut.

Jurulatih, Ronald Smith berkata, kecederaan penyerang Junaidi Latif membimbangkan pihaknya, bagaimanapun, perlawanan terpaksa diteruskan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4Rqz55Q8A © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan